Apa maksud HIBAH?
“Hadith Riwayat AL-Bukhari “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Apakah Maksud Hibah
Hibah bermaksud hadiah atau pemberian kepada orang tersayang atau kepada sesiapa sahaja yang dilakukan ketika masih hidup dan dalam keadaan waras tanpa sebarang paksaan atau secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Pemberian hibah ini cuma dilakukan ketika seseorang itu masih hidup dan sihat sahaja. Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah itu cuma sekadar berhasrat dan berura-ura sahaja, tetapi kemudiannya dengan takdir Allah SWT pula, si pemberi telah meninggal dunia tanpa diduga. Maka dengan itu hibah ini tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.

Comments
Post a Comment