PruBSN FirstLink




PruBSN FirstLink

Mulakan langkah pertama dengan pelan ideal.

Maklumat Produk

Tempoh Sumbangan
Sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun.
Sumbangan Minimum Bulanan
RM100
Kelayakan Umur
Umur 19 tahun sehingga 25 tahun.
Tamat Tempoh Perlindungan
Umur 80 tahun atau 100 tahun.
Jumlah Perlindungan Minimum
RM25,000
Manfaat Matang
Baki dari akaun-akaun pelaburan.
Manfaat Kematian
100% dari jumlah perlindungan + baki dari akaun-akaun pelaburan.
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
100% dari jumlah perlindungan + baki dari akaun-akaun pelaburan dan tamat pada umur 70 tahun.
Manfaat Penyakit Kritikal
Tidak berkaitan.
Pelepasan Cukai
Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ciri-ciri
Tingkatkan Dana Simpanan AndaMelalui dana pelaburan terurus kami, Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti.
Pelihara Dana Simpanan AndaKekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon.
Bonus AchieveFirst*Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan raikan pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst. Anda akan menerima RM500 jika anda berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.
  • Membeli rumah pertama
  • Berkahwin
  • Apabila anak anda dilahirkan
  • Menunaikan ibadah Haji
  • Menunaikan ibadah Umrah
  • Memperoleh ijazah pasca siswazah
Bonus Loyalti*Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberikan anda 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lampiran Rider
Medical, Relief, Accident, Lady Care, Income, Contributor, Investment
Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut.
Nota Penting
Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.
Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Comments

Popular Posts